Sporting??Dayus??

March 26, 2008 at 2:56 am | In Uncategorized | 1 Comment

hari ahad arituh aku tgk melodi,sambil makan gulai tempoyak ikan patin ngn cencaluk..pergh..kecur la plak..nyum..nyum. melodi..mm..standard la kan…byk pasal hiburan,sume ade..pasal achievement,kematian,umpat mengumpat,kate mengate sesame sendrik,terjah..dan pasal filem. sebut pasal filem, disebabkan ari sabtu aku baru tgk duyung ngn housemate aku..aku tetibe teringat pasal maya karin, comel btol la dia dlm cte tuh..ekekeke..ok berbalik kepada melodi..hmm..kali nih melodi interbiu pelakon2 Akhirat..pelakon2nya vanidah imran(vee),tony eusof,nabilah (anak amy search) dan adi putra.memula aku cam teruja jugak nk tau ape cte Akhirat tuh dan ape mesejnye,nak2 ade pelakon yg aku agak minat la–>vee.siap aku puji2 dia sbb dia cantik dan bak kate kak lela, “dia nih bole jadik adik duyung nih”..heheh.mase part interbiu tuh aku cam takde la rase pape..tgk je la melodi interbiu pelakon2 tuh.tp bile part shidee(husband vee) diinterbiu, aku ‘tertarik’ dgn kata2 dia,atau ayat yang lebih nk menunjukkan feel aku..aku ‘keciwa’ btol dgn kata2 dia.

melodi : Anda tak rasa marah ke bila vee melakukan aksi di ranjang dgn lelaki lain,diraba disentuh oleh lelaki lain?

shidee : (smbl tersenyum) tak,saya tak marah.ia hanya lakonan.

itu antara ayat2 yang kuar dari mulut shidee bile melodi bertanyakan ttg vee (aku dh lupe exactly dialog diorg,tp itulah isi2 penting nya). Adakah itu dikira shidee seorang yang SPORTING ….atau DAYUS sbnrnya??membiarkan isteri sendiri disentuh diraba oleh lelaki yang bukan muhrim,melakukan aksi ranjang yang walaupun 100% tak berahi (tipulah kan kalau tak berahi lgsg..1% pun mesti ade nye..name pun manusia) bagi MENUNJUKKAN MEREKA ADALAH SUAMI ISTERI (based on ayat tony eusoff ttg aksi di ranjang antara dia dan vee –>dah name pun suami isteri,mcm mane lagi nk menunjukkan yang mereka adalah suami isteri??!!)

Bagi pendapat aku,si tony eusoff tuh aku malas la nk komen kan..die pun bukan org Islam pun. shidee sebagai seorg suami dikira DAYUS kerana membiarkan org yg bukan muhrim memperlakukan isterinya,vee seperti isteri sendiri dimana hanya shidee shj yang layak,yang BOLEH memperlakukan vee sebegitu!!org lain DIHARAMKAN!even nk tgk aurat org yg bukan muhrim tak boleh,inikan pula menyentuh dan meraba,melakukan aksi ranjang???!!Fikirlah sendiri,otak ade kan..bole berpk…kalau shidee&vee mengamalkan 100% apa yg Islam anjurkan,diorang akan tau hukum hakamnya.takkan wujud ayat ‘tak kesah’,’saya ok je’,'itu hanya lakonan’,’shidee percaya vee,vee percaya shidee’,bla..bla..bla.

Lagik satu,aku cukup main hangin btol ngn ayat si tony tuh sbnrnya, “dah name pun suami isteri,mcm mane lagi nk menunjukkan yang mereka adalah suami isteri??!!”.weh,bro..igt mengusap, mengelus, membelai, meraba, menyentuh, melakukan aksi di ranjang boleh menunjukkan watak suami isteri ke??even skang pun kalau in reality,ko buat camtuh..dok satu rumah,belum boleh membuktikan korang suami isteri tau..kalau takat ’suami isteri tanpa nikah’ boleh la.ape la punye orang.pengarah pun same jek la tuh.wat filem tak berlandaskan Islam.wat la research sket,jgn malas. cube la buat lain dari yang lain sket tanpa mengetepikan hukum hakam Islam.kalau sebelum2 nih dalam filem,kene ade part pegang2,peluk2,aksi di ranjang utk menunjukkan watak suami isteri..cube la wat kelainan,jgn ade mende2 tuh sume just pakai props,dialog2 yang boleh menunjukkan mereka adalah suami isteri,BOHONG kalau takde langsung cara lain!!kalau kate takde,macamana org2 kat iran bole buat filem tanpa bukak aurat,tanpa pegang2 bole menang international award??Sbb jalan cite nya kukuh,expression pelakon2 nya bagus,penghayatan nya excellent, moral value filem tuh ade dan orang nmpk!so pengarah2 di malaysia,tunjukkan pada rakyat malaysia seterusnya dunia bahawa ISLAM adalah agama universal dan even berlandaskan hukum hakam ISLAM,filem malaysia boleh berjaya!!cabar pemikiran sendirik..be creative..jgn hanya tahu meniru dan berada di takuk yang lama!dan PENGHAYATAN tuh perlu ada….

trip ke Bukit Pelindung

March 22, 2008 at 9:31 am | In Uncategorized | Leave a Comment

signboard bukit pelindung
signboard kat pertengahan jalan nk smp puncak bukit
p3220479.jpg 
bandar kuantan (pemandangan dari puncak bukit)

pagi tadi pegi bukit pelindung dgn che wan,kak lela n kak shima. kuar dari umah dlm pukul 730. naik 1 kete ngn che wan. smp kat kaki bukit pelindung dlm kul 745++.pastuh start trekking..masa awal2(mase napas tak berapa nk semput) bole gelak2 lagik..bile dah makin atas,makin curam la plak.napas dah makin pendek..terutama kak shima..hehehe..pancit beb.aku tak sangke la plak mcm tuh punye curam+tinggi.igt versi2 balai cerap jek..nih 1st time aku+k.shima naik bukit pelindung.kak lela plak kali ke-2.chewan plak..ermm..byk kali dh dia naik.aku pun tak pasti bape byk dh.sahabat baik dia kat sane–>ungka..hahaha..dia penah kene kejau ngn ungka.aku rs ungka tuh weng kot pas jatuh dari pokok..wekekek.jatuh plak depan chewan.mmg insan terpilih btol la chewan..hahaha.ok berbalik kepada trekking kali nih..insan terpilih kali ni adalah kak shima..hahaha..siap kene bisa ulat bulu tuh.ini antara dialog kitorg ngn kak shima:

k.shima : dulu mase kecik2 main pijak2 ulat bulu,tak penah kene pun..

kitorg : itu ko pijak ngn selipar,mmg la tak penah kene..

kitorg : rsnye la kan,ulat bulu tuh mesti generasi2 yg kene pijak ngn ko mase kecik2 dulu tuh kot..heheheh..

mase benti kat ctu(tempat k.shima kene ulat bulu),ade papan tanda tulis ‘anda berada 210m di atas paras laut’..pastuh ade 2 cabang. che wan kata yg kat sebelah kanan rendah sket,yg kat sebelah kiri tinggi sket. kire kene pilih la nih..ikut aku nk yg rendah la..tak larat dah even aku org first smp kat ctu..hehehe(berlagak la plak).tp tetibe ade sorg pakcik tuh ajak gi naik yg kat side tinggi tuh sbb dia kate bole tgk bandar kuantan dari ctu,pacik tuh dah tua,beruban ngn misai yang melentik cam A.Galak…dan..umurnye dlm 70-an..bygkan,pacik tuh even dah berumur+pangkat datuk bole maintain naik bukit dgn beg galasnya yg bole terkehel bahu kalau che wan bawak…badannya pun nmpk sihat+tegap lagik.tetibe kak shima yang tahap cipan pancitnya tadi bole bersemangat nk naik side tinggi tuh,kire tercabar la ngn pacik tuh..hehehe..

Sampai kat puncak bukit, hampa la jugak..takde pun nmpk bndr kuantan.tetibe pcik tuh tny:

pcik : nak tgk bandar kuantan?

kitorg : nak!!!

pcik : jom,tp kene lalu kat pagar,kene pegang pagar la..

kitorg pun ikut la pcik tuh.rupenye kene lalu kat tepi pagar,n jalan nye mmg sgt kecik la.kene berpaut pada pagar dan kene jln one by one.tak bole berganding.curam kat bwhnya.kene berhati2 la.dan tak smp 5min..kami smp kat tmpt yg bole tgk bandar kuantan dari atas..nmpk la sungai pahang,bangunan opis kami lkpp corp yg hijau..hehehe..(even dari atas pun bole kenal mane satu lkpp corp:D). excited gak la tgk view dari ctu.berbaloi kepenatan naik bukit pelindung:).dan seperti biasa sesi fotografi bermula..lepas amik gmbr+ddk bergosip2 ngn pacik tuh.kitorg pun beransur la turun.kalau naik,pancit+penat nk smp atas sbb curam..kalau turun plak,kaki kene tahan kelajuan turun..mmg kene ‘break’ emergency spanjang mase sbb curam,sakit kaki woo..

After that,sesi warming down..then……………….BREAKFAST TIME!!!!!!WHERE??????MCDDDDD!!!!KFC!!!dah smp TC (telok cempedak),aku+kak lela pegi makan kat mcd.chewan+kak shima tapau makanan kat kfc.then kitorg makan kat luar mcd ngadap laut..hwaaaaa….damainyaaaa…santainyaaa…nikmatnyaaa…then after bfast+bergosip2,kitorg pegi Giant sbb chewan nk beli extension.aku+kak lela+kak shima gi kat gerai2 kat luar(thai festival),smbl2 shopping dan menjamu mata..hehehe.che wan plak pas beli extension,jadi penunggu setia kat dlm kete tunggu makdara+anak2 dara bershopping…hehehe..then after puas jamu mata,kitorg balik umah.mandi then………….TDOOOO…penat woo.ptg tuh gi opis..n now i’m at office:D..

Untuk AKU,KAMU DAN DIA..

March 20, 2008 at 7:06 am | In Uncategorized | 1 Comment

Actually aku igt nk post 1 entrance baru shj..tp email yang aku dapat daripada bestfriend aku tlh membuat aku ter’jaga’ dan rsnye aku patut share dgn korang..untuk menjadi panduan,renungan dan ingatan utk kita semua.kadang2 kita terlalu mendabik dada dan inginkan kesempurnaan..dan mencari kesempurnaan adalah sifat lahiriah manusia. Tanpa kita sedari kita telah merendah2kan pasangan kita seperti seolah2 kita sudah cukup bagus utk dibandingkan dengannya. Namun kita lupa.. jika kita tidak sehebat mana,jgnlah diimpikan pasangan yg hebat juga. Dan janganlah melukakan hati pasangan kita dalam pencarian kita ke arah kesempurnaan..dan jangan sesekali mencari kesempurnaan di dalam diri orang lain, jika kesempurnaan itu tiada dalam diri pasangan kita.terutama sekali pada mereka yang sudah berumahtangga, ianya hanya akan merosakkan hubungan kalian dan membawa kalian ke lembah dosa.ingatlah,tiada yang sempurna di dunia ini,dan kita bukanlah malaikat yang maksum iaitu terhindar daripada segala dosa.kita adalah manusia yang dilahirkan tidak sempurna yang acapkali melakukan kesilapan.Kemaafan adalah penawar segala-galanya.Biarlah kemaafan itu bukan hanya di mulut tetapi  pastikanlah ianya hadir juga di hati.Kemaafan itu hanya akan ‘efektif’ jika ianya hadir di hati kerana tandanya kita sudah bersedia untuk melupakan segala-gala yang telah berlaku.Jika sebaliknya,kemaafan itu TIADA GUNANYA…umpama seperti satu janji yang hanya di atas kertas tetapi tidak dilaksanakan. Fikir2kanlah….

Renungkanlah kata-kata di bawah :

AL NUR
Sebuah karya untuk semua…
Bagi yang bujang suatu i’tibar
Bagi yang belum / bakal berkeluarga suatu pelajaran.
Bagi yang berkeluarga perlu mengajar 

Wahai SUAMI… .
renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Tidaklah setabah Fatimah Justeru,
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi
solehah..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita,
perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana
Memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru
Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma
Suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH… .
Amin… .

Wahai ISTERI pula…
renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Tidak setabah Ayyub
Tidak segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf

Justeru
Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun
keturunan yang soleh…
Pernikahan atau perkah winan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Sekira suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya…

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita,
perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana
Memilik suami yang tak segagah mana..
Justeru
Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara

Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
Amin…

Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI
Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya

SUAMI dan ISTERI ingatlah:
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis
Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf
Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah…

Zaman Paling Syiokkk…

March 20, 2008 at 6:00 am | In Uncategorized | 2 Comments

zaman yang aku rasa paling syiok, zaman bole buat nakal..hehehe..means zaman sekolah..especially masa duduk asrama.dapat plak geng2 yg agak ’sengal’ jugak dan sekepala.segala2nya ’set ajek’:D..

aku rase time aku paling ter’rejal’ sekali mase sekolah kat samura..kat iskandar shah aku bole dikira baik lagik la…heheh..setakat ponteng kelas gi lepak kat bilik dobi, panjat pokok rambutan masa kelas tmbhn,gi lepak kat dorm masa kelas,outing ‘haram’..tuh kira ok what..hahahah..kelas plak sume pempuan, berdepan dgn asrama puteri plak tuh..yg tak tahan after PJ, bole gi mandi tuh kat toilet asrama..’berdentang dentung’ bunyi baldi masing2..biseng plak tuh..hehehe..

time kat samura, aku agak terlebih ‘nakal’ sket jek la..sket jek..tak byk:D.mungkin pengaruh rakan sebaya..hahaha..ampun kawan2 ku:D.kawan2 aku plak mmg dilahirkan ter’rejal’ jugak..hehehe..kire mmg ‘ngam’ lah kitorg:D.nk dijadikan cite, kawan aku yg satu geng ngn aku kat iskandar shah pun masuk sekali kat samura (dia lagik ketua ter’rejal’ tuh..hahaha..), satu dorm plak tuh ngn aku…haa..mmg padan sgt la tuh. dia la yg ajar aku buat bende ‘nakal’2 nih..hahaha..sori becot..aku saje jek nk glemerkan ko nih;).mase form 4 dh tunjuk ‘taring’ dah..kalau kat samura, ape ek diorg gelarkan kalau buat mende nakal nih..hmm..haa..buat ‘hell’ ..aku pun tak tau sape perintisnye dan camne bole wujudnye perkataan tuh..huhu.mase form 4, senior2 dorm aku mmg sgt lah baiknye,sopan ajek..ikut peraturan. tp malangnye,kami2 yg jadi junior sedorm nih amatlah berlainan perangainye dgn mereka2 itu..huhu.org azan maghrib,kitorg bole buat ‘konsert’ kat depan toilet sementara tunggu turn mandi..hahaha..best giler menyanyi smp kene sound:)).aku ngn becot tuh plak org gi merentas desa smp sblm jambatan muar jek, kitorg smp melaka..hahahaha..(tak gi pun merentas desa:D).padahal wajib tuh.siap cuti seminggu beb padahal ade jek kelas sepanjang minggu tuh..aku dgn jawatan PKT (pen kt tingkatan) nye,cam hampes jek..same jek cam tak jadi PKT:D..takde kredibiliti langsung..hahaha.dan yang paling sadis, bapak aku bole join ‘kelentong’ warden utk bawak aku balik umah dgn alasan nenek meninggal (padahal nenek aku dh lame meninggal), dan yg tahap cipannye sadis, 2 org kawan sedorm bole join aku balik kampung (tumpang kete aku)..siap pesan kat bapak aku lagik “pakcik,bila lalu depan pak guard..pakcik angkat tangan smbl senyum tau..”..budget taknak menimbulkan syak wasangka pak guard la..kang di’check’nye kete..maunye ‘mati kene penggal’ budak 2 org tuh…ngn aku+bapak aku skali kene heret gi ngadap GPK HEM kang..huhu.bagai nak rak diorg nyorok kat seat belakang tak nak bagi pak guard nmpk. dan SUKSES beb..hahaha..lepas tuh!!!syok gile!!thanks alot abah..u’re the greatest abah in the world..hahahah..

Mase form 5, melepak kat sick bay mase kelas, dh jadi bende biase..time org cek, buat2lah muke sakit,dok atas katil..muke cam poyo jek.padahal malas nk masuk kelas:D.ade gak try lepak kat dlm dorm mase prep, tp aku rs tak syok la..asek kene ‘heart attack’ jek tau..pantang dengar bunyi2an,tapak kaki org,suara org..terus meluru nyorok dlm locker..takut ade spotcheck.cam org idup dlm ketakutan jek..huhu.pastuh ponteng riadah pagi..hehehe..1st time ponteng jek dah sadis,mane tak nye 1st time ponteng dh kantoi..satu dorm maa tak pegi,lagi rela smbg tdo atas tilam asrama yg empuk..hehehe..junior2 aku sume gi..yg senior2 sume pakat nk ponteng riadah pagi.tgh syok2 tdo…aku dgr suare pompuan marah,aku buat bodo la,mate pejam lagik..tiba2 aku rase cam pedih kat peha, terus bukak mate..perghh..kene libas ngn rotan dgn kak mimi..hahaha..adoilaa..terpisat2 aku dibuatnye.dia marah gile2 punyela..pastuh suh kitorg salin baju, lari 10 round padang skola..sambil2 lari kitorg gelak gile..kelakar plak. pastuh gi ngadap dia, mintak maaf (budget dah tobat la tuh..hehehe).

Time prep malam,mmg asek bersuka ria la..mcm honeymoon je..padahal nk SPM.siap bole gi seludup masuk bilik tv.memula kawan aku lah mempengaruhi aku..hahaha..dia ckp ‘weh,mlm nih ade cite antu cina kat tv..jom tgk tv kat bilik tv nak?’..kalau tak silap aku cte antu tuh kul 10 rsnye.aku ape lagik set ajek..eheheh..pastuh carik geng.kalau tak silap aku,ade la dlm 3-4 org yg jadik ’sprinter’(balik prep/kelas lbh awal dari yg ditetapkan).then gi la kami2 sume ke bilik tv,utk gi ke bilik tv tuh kene lalu depan bilik kak mimi,apelagi macam pencurik la kitorg…bukak kasut,jalan slow2,tak bercakap lgsg,jalan pun terhendap2..dan akhirnya,berjaya masuk bilik tv.kire mmg SUKSES abes la nih..tp yg tak bestnya,tak dpt menikmati btol2 tgk tv tuh..mane taknye,kene mute kan volume..lampu tak bukak,kipas pun tak bukak bagi mengelakkan ‘kantoi’..nyamuk tak payah cakapla..bermaharajalela.hangin aku dibuatnye,bercakap pun slow giler.lepas budak2 balik dari prep..terus bukak lampu,kipas,volume pun baru la bole dibesaukan.tp yang paling penting,tak kantoi la..heheheh.

Ade satu lagi cerita,ini bukan cerita nakal la..nih accidential. mase tuh junior dorm kitorg buat jamuan utk kitorg,kira jamuan perpisahan la nih..aku tak pasti buat mase weekend atau weekdays tapi yg pastinye esok nye hari sekolah.jamuan tuh buat malam,wat kat dorm kitorg.ade la kene conteng muke dgn junior2 nih,pastuh ade game..smp waktu utk light-off,dorm aku tak light-off lagik…pastuh bising plak tuh.last2 kene panggil turun dgn kak mimi.kitorg kene denda tdo kat koridor,sibbaek masing2 sempat bersihkan muka. bygkan kene tdo kat koridor yg takde tikar,takde kerusi  meja,pastuh dgn banyak nyamuknye..adoilaa..sadis btol..mmg tak dpt nk tdo la..kul 5lbh ke kul 6pagi ntah, kak mimi ke sape ntah suh kitorg naik dorm..yela,nk siap2 nk gi sekolah.mmg ngantuk btol la.bebudak dorm lain bantai gelak jek..chess!!mmg time kene tdo kat koridor tuh muke seposen jek,pasrah abes la org kate:D..tp yg bagusnya si becot,dia bole gi amek karpet kat bilik study then letak kat koridor,dpt la junior2 kitorg tdo kat ctu..bagus sungguh:).

Itulah antara2 cte2 mase zaman sekolah.byk lagik kalau nk cte,mau pnjg berjela2 kang..ini pun dh berjela nih:).kadang2 bile teringat balik kisah2 zaman sekolah, aku ketawa..best rupenye zaman sekolah aku..tak rugi jadik budak ‘nakal’,dpt kawan yang ‘nakal2′..at least,byk kenangan aku mase pegang title budak sekolah..hehehe.kenangan yang tak boleh dibeli dan hanya org yg mengalaminya shj yg merasai ke’nikmat’an melanggar peraturan;)..dan byk yg bole diceritakan kalau org bertanya ‘mcm mana ko kat sekolah dulu?’..heheheh..

Cikgu Cikgi Yang Glemer mase kat skola..

March 19, 2008 at 9:24 am | In Uncategorized | 2 Comments

Aku sure mesti tiap2 orang ade cikgu2 yg sgt2 la korang ‘concern’ gile dgn diorg kan?maksud aku concern tuh cam cek die dtg ke tidak, masuk tak kelas..dan kalau kebarangkaliannya cikgu tuh tak masuk kelas,korang amatlah gumbiranya mcm nk buat kenduri doa selamat kan?Dan ade jugak cikgu yang korang rs comfortable dan bole buat cam membe kan?masuk kelas dia pun korang takdela cam berpeluh jantan betina sume kan?Aku pun cenggitu jugak:D..

Masa kat sekola rendah:

Cikgu zainab : pergh..bagi aku dia nih mmg garang gile..miahahah..siap aim kete dia lagik.kete dia kete toyota merah kalau tak silap aku (skrg aku dgr dh beli pesona:D).kalau dia masuk lmbt, nnt adela ‘utusan’ aka spy dari kelas aku yg gi riki tgk kete merah dia ade ke tak. kalau tak,pergh..cam nk buat sujud syukur kat ctu…hahaha..kalau ada, hmm..bersiap sedia jek la dgn buku atas meja,cek buku2 sume ade tak..keje2 rumah yang dia beri sume kene siapkan. kalau tak,ade la yg kene leter/rotan/cubit..paling ringan pun kene leter la,takpun ‘buku terbang’..tuh kira bernasib baik la..lagi bernasib baik kalau dia kata ’siapkan keje awak’.dia ngaja bahasa melayu. aku nih dh le lemah karangan,kalau bole aku nk tulis isi penting je,nk elaborate pun kalau bole aku nk elaborate sebaris jek yang merangkumi sume isi2 penting.dapat 80% sbb karangan takde slh tanda bacaan pun kene cubit gak..huhu..sbb isi tak elaborate satu2..huhu.selain dari kereta..kitorg juga akn alert bunyik kasut tinggi dia..’ketak,ketuk,ketak,ketuk..’..bole kenal beb mane satu bunyi kasut dia..hahaha..punyela ‘concern’ nye kitorg:D..tp sbnrnya dia ok jek..heheh..skang dh jadik GPK kat skola rendah aku tp bukan GPK HEM la (pelik juga aku sbnrnya..aku rs dia ade kredibiliti jadi GPK HEM:D)..

Ustaz Nasaruddin : masa aku belaja ngn dia, dia bujang trang tang tang lagik..skang dh jadi suami org, dh ade ank dh rsnye. dia nih kira antara cikgu2 yang sporting la kat sekolah aku tuh. anak2 dara cam kitorg nih mmg la suke kalau cikgu2 bujang nih melayan kan?hahaha..hmm..yg aku nk cite nih bukan aku yg ngurat ustaz tuh, nih nk cte pasal kakak aku (nih mase cte zaman dia ank dara la nih)..dia minat gile ngn ustaz aku nih. siap suh aku kem salam, pass kad raya. bukan takat tuh, siap follow ustaz tuh dari belakang semata2 nk tau kat mane ustaz tuh duduk. masalahnye siap bawak aku tuh..beria2 aku nyorok kat dalam van sbb takmo ustaz aku nmpk aku..miahahah..tp aku mmg salute kat ustaz nih,dia mmg sporting even dia tau segala ‘aktiviti2 adhoc’ kakak aku+aku..hehehe..muke ustaz nih pun sweet,selalu senyum..hahahaha..ampun,tunangku..saje ngingat kisah2 lame:D

Masa kat sekolah menengah (iskandar shah):

Cikgu Normah : ini warden yg paling aku salute/respect gile. aku suke care dia. lembut tapi tegas. tp jgn buat dia marah, mau dia jerit kat ko..miahaha.satu lagi dia bole hafal name budak2 yang dok asrama.name penuh beb..siap dgn nama bapak skali.dan yg paling aku tak bole lupe dia punye intonasi “Assalamualaikum”..the only one in the world..hehehe..smp skang aku bole buat intonasi dia..tp tak bole copy cut btol2 la dari yg asal..tak same:D 

Masa kat sekolah menengah (samura):

Cikgu Maznon aka MAK ENON : hmm..kalau mengikut name yg aku besaukan tuh..korang mesti dapat agak kan cikgu nih mcm mane mulutnye?hehehe..MAK ENON..pot pet pot pet.dia nih aku tak tau la kenapa..asek ‘PMS’ jek sepanjang masa kalau tak ‘PMS’ tuh mmg bukan dia la tuh, mungkin alien.Dia plak jadik warden asrama..miahaha..lagila ‘berkuasa’ dia dlm men’displin’kan dan ‘mengajar subjek moral’ kepada kitorg..esp yg puteri2 yg mmg sedia tak mkn saman nih:D..Antara insiden2/cara2 dia men’disiplin’kan kami ialah mengejar mereka2 yang lambat gi sekolah/prep/riadah,mereka2 yang kurang ber’disiplin’ dan suke buat biseng..antara cerita daripada ‘mangsa2′ nya:

Mangsa pertama :

mase tuh aku kat musolla, br nak pakai kasut nk gi prep..tetibe aku dgr suara mak enon menjerit “adila..awak ni prefect pn sameee jeeee lambat..!!” smbl kejar aku dgn bulu ayam. mase aku tgh nk lari dari dia, aku sempat toleh n cakap “name saya h*** la cikgu..bukan adila”..(FYI, kawan aku tuh bukan namenye adila, mak enon nih mmg bermasalah dalam mengingat name kawan aku nih mungkin sbb kawan aku nih sama tinggi cam adila dan adila tuh pun mmg prefect sama cam kawan aku).

 Mangsa kedua (melalu penceritaan semula dari org yg sama  dgn yg atas:D):

kan tetiap kamis ade solat jemaah kat gym..after abes tuh si k***k ngn telekung2 nya gi tgk tv kat bilek tv. pastuh kantoi ngn mak enon, apelagi..dia bebel la kat k***k ngn budak2 lain yang kantoi. dia tny k***k, “awk rase ape perasaan warden2 yang lain?”..aku pun tak tau ape motif dia tny soklan tuh, mungkin nk tny k***k ape perasaan warden2 yg lain bile dia langgar peraturan camtu kot. k***k blur ar..dia bole bantai jawab “ntah, PMS kot”..aku pun tak tau mcm mane ayat tuh bole kuar dari mulut dia..

Ade satu lagi cerita, nih kawan aku la yg cerita..mak enon nih cukup main tak suka bila orang buat biseng mase lalu sebelah bilik dia aka rumah warden. masalahnya bilik dia nih sebelah lorong laluan ke dewan makan. so,memangla biseng kalau budak2 lalu..normal la kan..borak2,ketawa2 mase jalan on d way nk gi makan. ade sekali tuh kawan aku cam buat isyarat senyap mase lalu kat lorong tuh.pastuh cam sopan jek lalu kat lorong tuh.aku pun cam pelik la..aku pun tny la dia,rupanya dah ade yg kene sound ngn mak enon dari biliknye bila dia dgr bunyi biseng..ayat dia camni (aku pun dh igt2 lupe)..”oi,kalau jalan tuh tak bole senyap sikit ke?!!”..tp yg paling aku hangin,ngn husband nya skali tumpang sound skali..aiseh,lebih btol la mamat tuh.sesuai la sgt dorang tuh..

Kalau nk cerita pasal mak enon yg sorang nih..mmg smp bile pun tak abes, byk bebeno mende yg dia ‘carik pasal’ ngn budak2..smp yg remeh2 pun dibesar2kan..ade smp gaduh/kecik2 ati ngn cikgu lain pun ade..tuh la aku kate dia nih PMS..hehehe..aku dgr dia dh ditukarkan kat sekolah sains kluang,aku pun tak sure la. btol ke tidak. Disbbkan perangai dia yg asek hangin jek, ade jugak yg cadang nk buat idea jahat..nk patahkan krusi pastuh smbg balik..letak elok2 pastuh nk suh dia duduk biar terduduk dia atas lantai..hehehe..tapi takat ‘impian’ jekla..takde la buat pun:D..kami nih baik lagik..nakal sket jek:D

p/s:Next post aku nk cerita pasal aksi2 yg ‘mendebarkan’ yang penah aku+kawan2 aku buat mase sekolah ye..hahahah..psst..jgn pk lain beb:D..

Undi

March 7, 2008 at 6:38 am | In Uncategorized | 9 Comments

arinih aku balik melaka…main reason aku balik adalah untuk MENGUNDI!!!!yeay..hahaha…itu adalah tipu belaka. Actually main reason aku balik rumah sbb i really missed my family dan byk mende aku nk kene setelkan balik umah kali nih. hantaran pun tak abes beli lagi nih..waa waa…money..money..money. takpela,utk kegunaan yang betul..heheh..bukan utk berpoya2.

sebut pasal mengundi, tadi aku dapat email dari one of my bestfriends..pasal Siti Nurhaliza or currently known as Tok Ti. pasal isu dia daftar ngundi ke tak..hehehe. personally aku rasa itu memasingnye kesedaran la..or dlm bahasa kasarnya ‘itu dia punya pasallah nk ngundi ke tak’. cuma nmpk la ke’hiprokit’an nya bila dlm paper berkobar2 ajak org ngundi, siap bagi kesedaran skali pentingnya mengundi, siap berkempen lagi.huhu..tp persoalan utama di sini adalah BENARKAH DIA TAK DFTR NGUNDI??KE REKAAN SEMATA2 NIH?:D..hehehe..bukan leh caya sgt nih..tp kalau betul, hmm..biarlah, asalkan dia bahagia. pastuh tadi lunch aku baca harian metro (ramai kata metro nih paper yg byk buat gosip:D..hehehe), pasal Tok Ti gak dan politik (aiseh..minah nih..glamor bebeno laa), berkenaan dgn ‘KREDIBILITI TOK TI MENJADI WAKIL RAKYAT’…hmm..bagi aku la eh, tak tau la org lain..bagi aku, bukan suma org bole jadi pemimpin dan bukan sng nk jadi pemimpin. walau macamana hebat pun dia, macamana byk pun peminat dia dan macamana kuatnya pun pengaruh dia dlm masyarakat, macamana ‘power’ pun dia berucap+bercakap..belum tentu dia LAYAK untuk menjadi PEMIMPIN YANG BENAR-BENAR MEMIMPIN!

berbalik kepada isu mengundi, to be truth..aku tak tau nk undi sape sbnrnya. kalau ikut aku, tgk sape yg ensem jekla..hahaha..hmm..personally, i think this is not about which party that will win in this election.it’s about how they want to carry the mandate and responsible that will be given to them by all malaysian to build this country. Hoping that the manifesto not just another hollow promises.

“With great power comes great responsibility”

-The often-quoted Spider-Man theme

Kelas Kuarantin

March 4, 2008 at 4:13 am | In Uncategorized | 5 Comments

Tetibe arinih aku teringat pasal kelas kuarantin..kelas utk budak2 yang buat PSM2 (sume kene dok kat lab buat sistem dari pagi smp petang dan  setiap sorang dpt satu pc)..ni sume gara-gara pagi tadi dengar lagu ‘Padi-Menanti Sebuah Jawapan’. Bagi aku lagu tuh ade ’something’ sket. Setiap kali aku dgr lagu nih mesti aku akan teringat suasana dalam lab. Best btol la..dunia macam kitorg punya…hehehe..download lagu,share lagu,melepak2 kat meja membe smbl kacau-kacau membe buat keje..hehehe..mcm2 hal jadi kat dlm lab tuh..antaranya yang paling aku tak bole lupa, kisah si penin aka nadiya yang nyanyi beria2 sbb igt takde orang lelaki dalam lab..yela,ari jumaat kan..lelaki kan kene gi solat jumaat..

nadiya : bla…bla…bla..(nyanyi lagu ape ntah,aku pn dah lupe)

aku : weh,psst..penin..kuat nye ko nyanyi

nadiya : ah,biarla bukan ade orang lelaki pon kat cni

aku : byk la ko, abes tuh yg kat ctu tuh bukan org lelaki?(aku tunjuk kat sorang mamat yg dok ngadap pc kat belakang si nadiya)

nadiya : ah??!!alamaaakkk..malunya akuuu…

aku bantai gelak jela..adoilaa..cian btol minah tuh..nyanyi dah le kuat..aku tak tau la reaksi budak tuh kan sbb dia pndg pc  dan membelakangkan kitorg. yg si penin nih pn satu, tak reti2 nk toleh kiri kanan belakang(depan dia dinding:D)..nadiya duduk membelakangkan mamat tuh(takyahlah pening2kan kepala korang nk imagine kat mane mereka2 nih duduk..hehehe..wat pening pale jek)..ekekeke..nasiblaa ko penin..hahahah..

Satu lagi yang paling aku igt..time teaching assistant datang..hahaha..ngeri gilerr!!!setiap kali dia dtg kat setiap meja, nk tgk ade mslh ke tak dlm coding/db aku rs kepala lutut aku cam nk tercabot..ketaq..hahaha..even muke teaching assistant tuh bole dikatakan ok la (si mai kate dia ensem..hahahah)..bila dia makin hampir ngn meja aku, aku akan ikut sesapa yg nk kuar gi beli makanan. saje je cari alasan nk ‘menghilangkan’ diri..ekekek..ntah kenapa ntah aku rs cam tak selesa dgn teaching assistant tuh. bila balik dari ‘kuar jalan-jalan’..tgk2 ‘turn’ aku dh lepas..hehehe..lega beb.tp ade skali tuh aku tgk dia masuk kelas dgn muke yg clear dari janggut2 yg serabai..whoaaa…ensem jugak..hahaha..berkobar plak aku nk suh dia ajar coding..ekekeke..tp tak kesampaian hajat aku tuh(niat dah salah kot:)))…

Orang yang paling suke gile melepak kat lab kuarantin utk bebudak MIS, si dila sari. dia dtg time dh nk lunch sbb dia kuar mkn ngn nadiya, ana, yuni sume (bebudak MIS yg kene kuarantin)..kalau dia dtg tuh mmg gamat la dgn suare dia dok kaco org smp dia abes idea nk kaco..bile dh abes idea kuarlah ayat “jom la makan..jom la makan”..smp kitorg terpaksa ckp “weh korang tolonglah bawak si dila nih kuar, bawaklah dia gi makan..tolonglah..”:))..hahahaha…

Itulah memori kelas kuarantin..byk lagi sbnrnya yang berlaku. Tp ni lah antara memori yang aku tak dpt lupe. So sweet…i really missed that moments..missed my friends very much..sume masing2 dah ade path masing. dila pon dh nk kawen dah 15/3 nih. dh nak jadik bini org dh…hehehe

i’m back..

January 25, 2008 at 6:22 am | In Uncategorized | Leave a Comment

huhu..dah lame gile tak tulis blog..nih aku warming up je nih..
juz as an introduction for my new blog:)..
hope aku akan sentiasa update la blog nih…
dan semoga aku sentiasa ade cerita yg bole aku share kat cni;)..

Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.