Untuk AKU,KAMU DAN DIA..

March 20, 2008 at 7:06 am | In Uncategorized | 1 Comment

Actually aku igt nk post 1 entrance baru shj..tp email yang aku dapat daripada bestfriend aku tlh membuat aku ter’jaga’ dan rsnye aku patut share dgn korang..untuk menjadi panduan,renungan dan ingatan utk kita semua.kadang2 kita terlalu mendabik dada dan inginkan kesempurnaan..dan mencari kesempurnaan adalah sifat lahiriah manusia. Tanpa kita sedari kita telah merendah2kan pasangan kita seperti seolah2 kita sudah cukup bagus utk dibandingkan dengannya. Namun kita lupa.. jika kita tidak sehebat mana,jgnlah diimpikan pasangan yg hebat juga. Dan janganlah melukakan hati pasangan kita dalam pencarian kita ke arah kesempurnaan..dan jangan sesekali mencari kesempurnaan di dalam diri orang lain, jika kesempurnaan itu tiada dalam diri pasangan kita.terutama sekali pada mereka yang sudah berumahtangga, ianya hanya akan merosakkan hubungan kalian dan membawa kalian ke lembah dosa.ingatlah,tiada yang sempurna di dunia ini,dan kita bukanlah malaikat yang maksum iaitu terhindar daripada segala dosa.kita adalah manusia yang dilahirkan tidak sempurna yang acapkali melakukan kesilapan.Kemaafan adalah penawar segala-galanya.Biarlah kemaafan itu bukan hanya di mulut tetapi  pastikanlah ianya hadir juga di hati.Kemaafan itu hanya akan ‘efektif’ jika ianya hadir di hati kerana tandanya kita sudah bersedia untuk melupakan segala-gala yang telah berlaku.Jika sebaliknya,kemaafan itu TIADA GUNANYA…umpama seperti satu janji yang hanya di atas kertas tetapi tidak dilaksanakan. Fikir2kanlah….

Renungkanlah kata-kata di bawah :

AL NUR
Sebuah karya untuk semua…
Bagi yang bujang suatu i’tibar
Bagi yang belum / bakal berkeluarga suatu pelajaran.
Bagi yang berkeluarga perlu mengajar 

Wahai SUAMI… .
renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Tidaklah setabah Fatimah Justeru,
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi
solehah..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita,
perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana
Memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru
Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma
Suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH… .
Amin… .

Wahai ISTERI pula…
renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Tidak setabah Ayyub
Tidak segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf

Justeru
Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun
keturunan yang soleh…
Pernikahan atau perkah winan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Sekira suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya…

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita,
perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana
Memilik suami yang tak segagah mana..
Justeru
Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara

Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
Amin…

Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI
Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya

SUAMI dan ISTERI ingatlah:
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis
Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf
Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah…

1 Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. sungguh panjang setiap entry..bagus bagus,keep it up babe!


Leave a comment

XHTML: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.